Aku, Matematik Dan AlfaGeniusMath

Khamis, 16 Januari 2014
Posted by Unknown
ASSALAMUALAIKUM. .
( tak jawab, DOSA! hehehe. . )

For today, cuma nak cerita tentang aku dan matematik.  Sekadar perkongsian dari pengalaman dan mungkin juga ada sahabat yang turut mengalami kisah yang serupa. .

Aku ni dulu sejak dibangku sekolah rendah memang paling fobia dengan subjek matematik, lebih-lebih lagi bila kena paksa hafal sifir yang selalu kat belakang buku latihan sekolah tu.  Mungkin juga sebab faktor guru yang mengajar tu muka ketat semacam atau memang hakikatnya aku masa tu malas mengira. .


Tapi walau apa pun alasannya, ke-fobia-an aku terhadap matematik tu akhirnya 'musnah di pelamin angan' , masa tu aku dalam tingkatan 3.  Mungkin sebab aku comel dan bambam sikit, aku telah di brainwash aka tarbiah secara halus oleh seorang guru sehingga aku jatuh cinta pada matematik dan dapat A pula tu dalam keputusan PMR. .  Aku masih ingat nama cikgu tu, Azman Bin Dahlan, asal dari Negeri 9.

Antara Kangkung Dan Sambutan Maulidur Rasul 1435H

Selasa, 14 Januari 2014
Posted by Unknown
ASSALAMUALAIKUM. .
( tak jawab, DOSA! hehehe. . )

" Antara Kangkung Dan Sambutan Maulidur Rasul 1435H " Kedengarannya pelik dan mungkin bakal menimbulkan isu. .  Tapi tulisan ini kerana rasa kecewa aku pada saudara seagamaku, yang pada hari ini sedang asyik membincangkan isu " KANGKUNG " berbanding memperingati antara tarikh penting peristiwa Keputeraan Nabi Junjungan Muhammad saw. .

Yang Muslim sibuk berbicara tentang " KANGKUNG ", tidak kah berasa malu dengan sahabat yang bukan Muslim yang masih tidak lupa memberi ucapan dan salam Sambutan Maulidur Rasul pada sahabat mereka yang beragama Muslim?  Sungguh aku juga turut merasa malu. .

Ternyata kita ini begitu mudah beralih perhatian, bukti rapuhnya pertahanan kita sebagai seorang Muslim.  Dan kerana itu tidak hairan jika kita ini Muslim yang sering dijadikan sasaran untuk saling memusuhi sesama kita.  Kita perangi sahabat dan saudara seagama, sedang kita lupa mereka yang diluar lingkungan mentertawakan kita. .


Wahai Sahabat dan Saudaraku, mari kita luangkan sedikit masa pada hari ini untuk muhasabah diri dan kembali memperingati Sambutan Maulidur Rasul. .
ASSALAMUALAIKUM. .
( tak jawab, DOSA! hehehe. . )

2013 telah pun pergi meninggalkan kita, melangkah kita ke tahun baru 2014. .  Syukur ke hadrat Illahi, diberikan kita semua kesempatan untuk terus bernafas dan menjalankan hidup di bumi ALLAH ini. .  Suatu peluang yang tidak seharusnya kita sia-siakan. .

Janganlah Ragu Untuk Menangis

Isnin, 2 Disember 2013
Posted by Unknown
ASSALAMUALAIKUM
( tak jawab, DOSA! hehehe. . )


Menangis. .  Ramai antara kita yang merasakan menangis itu sifatnya lemah, feminin. .  Lebih-lebih pada kaum Adam yang lebih bersifat maskulin, menangis itu ibaratnya sisi gelap yang mencemar kelakian. .  Apa benarkah begitu?  Jika iya jawabnya, mengapakah airmata itu diciptakan bersama kejadian manusia?

Dan disini aku coretkan beberapa poin yang mungkin sahaja itu hikmah dari penciptaan-NYA. .

Khutbah Terakhir Rasulullah Sebelum Wafat

Sabtu, 14 September 2013
Posted by Unknown
ASSALAMUALAIKUM
( tak jawab, DOSA! hehehe. . )

9 Zulhijjah 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah. Ketika mengerjakan Hujjatul Wada', Rasulullah SAW telah menyampaikan dalam khutbahnya yang terakhir 12 hal / isi perkara yang berupa nasihat sebagai peringatan kepada kita semua. Sungguh saat membaca kandungannya memancing rasa hiba dihatiku dan semoga dengan perkongsian ini turut sama sahabat dan saudara merasakan hal yang sama. . Insya-ALLAH. .


Baginda bertolak ke Arafah dari Mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor).

Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada Haji Wada' itu.

Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:

Mahabbah Jihad Dan Dakwah Rasulullah

Sabtu, 7 September 2013
Posted by Unknown
ASSALAMUALAIKUM. .
( tak jawab, DOSA! hehehe. . )


Seorang penulis sejarah terkenal bernama Ibnu Hisyam menceritakan bahawa seorang kafir bernama Fudholah bin Umaer al-Laisi keluar dari rumahnya kerana melakukan tawaf dengan azam hendak membunuh Rasulullah S.A.W. Dia sebenarnya mengambil peluang untuk melaksanakan niatnya ketika baginda melakukan tawaf. Fudholah sentiasa mengekori Rasulullah, disaat dia berpeluang mengangkat senjata. 

R4BIA : Maksud Disebalik Simbol 4 Jari

Selasa, 20 Ogos 2013
Posted by Unknown
ASSALAMUALAIKUM. .
( tak jawab, DOSA! hehehe. . . )

Kalau kita sedar dan peka sejak sabtu yang lalu ramai pengguna media sosial mula menukar avatar ke " Simbol 4 Jari " dan mula menggunakan hashtag #R4BIA . .


Apakah #R4BIA itu? Adakah hanya sekadar satu lagi TREND terkini?
Welcome to My Blog

Popular Post

Sahabat

Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Nazim4real.com™ -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -